Hari ni seolah-olah aku sedang memulakan hidup baru . aku rasa macam baru jer dilahirkan . Kenangan pahit yang membuatkan aku cuba untuk memperbaiki diri . walaupun , kite tak tahu salah siapa yang membuatkan kenangan sepahit itu berulang kembali . ni la kehidupan , ibarat RODA ..
aku seorang manusia yang tak lalai dari buat kesilapan . tak kira la kesilapan yang disengajakan ataupun tidak . aku cuba untuk jadi yang terbaik buat insan yang aku sayangi . aku tahu Allah dah pun menetapkan pendirian kita sejak azali lagi , tak salah kan kalau kite cuba untuk memperbaiki diri .
aku ni siapa ? seorang manusia yang hina , tak ade apa-apa pun . semua yang diberi adalah pinjaman daripade Allah . kenapa mesti kite sia-sia kan kehidupan kite yang tak pasti tamatnya bile .
bak kate teman ku , Aisyah , kite ni siapa ? layak ker kite untuk menguji orang ? semua tu kerja Tuhan , Tuhan lebih layak keatas diri manusie . buat ape kite menguji sesama sendiri .
yepp . hoby aku memuhasabah diri untuk jadi yang lebih baek . stiap malam aku akan sentiase fikirkan tentang kesilapan aku pada hari tersebut , dan aku meletakkan azam untuk tidak mengulanginya . ya , kadang2 aku berjaya mengatasi azam aku tu . tapi ade kalanya , ego menguasai diri . jadi kpale aku pun sekeras batu lah . aku sedar tu semua . so aku pun terbaca kata-kata hikmah yang aku share kat bawah , and aku nk kupas kan dengan realiti hidup aku :
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~
- Ayat ni membuatkan aku terfikir , kenapa perlu berduka ? ohh hati , tolong lah atasi kelemahan mu dalam menerima stiap kata si dia -
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia sudah pergi, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~
- pergi ? KENAPA si dia mesti pergi ? oH Allah , kekalkan lah si dia di dalam hati aku . kunci kan lah si dia selamanya di hati aku . jangan biarkan si dia pergi -
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~
- bersyukurlah dengan nikmat tuhan , peliharalah apa yang telah Allah beri kpd kita -
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~
- benarkah kata2 ini ? oH Allah , jangan lah Kao jadikan perpisahan ini selamanya buat aku -
jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`
- Benar ! aku sentiasa cuba untuk memperbaiki diri . yA Allah , Kao tetapkan lah pendirian ku ini . sesungguhnya aku cuba untuk mengakui kelemahan diri . Buka kan lah pintu hati si dia untuk memuhasabah diri dan menjadi lebih baik ya Allah -
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~
- Benar ! kematian tu satu perkara yang tidak disangka-sangka kan -
Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
- Ini adalah diriku , aku gemar merenung masa lalu dan berazam untuk menjadi yang lebih baik dari semalam -
Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."
- Hormatilah insan lain . sesungguhnya , insan tersebut merupakan insan yang sama seperti kita iaitu manusia -
Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
- Benar . aku tak dapat nak kupaskan yang ini kerana aku terlalu sebak untuk mengingati peristiwa itu kembali . salahkah aku ? aku lakukan nya untuk kebaikan diri si dia , tapi keperitan yang diberikan kepada aku . arhh ! kao egois ieka -
Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
yA Allah , sesungguhnya aku benci perpisahan !
ni la yang dinamakan suratan takdir . aku cuma mampu berdoa .
YA ALLAH ,
kalau Kao kata kami layak , satu kan la kami kembali .
tapi , jika perpisahan yang Kao berikan kepade kami , maka aku REDHA .
Kao lah tuhan yang MAHA MEMAHAMI hati hamba-hamba Mu .
aku terima dengan takdir yang Kao tetapkan ke atas diri ku .
tapi aku mohon kepada-Mu ,
perkenankanlah doa ku yang sekian lame aku minta kepada Mu .
trima kasih ya Allah .
thanks 'awak' :)
terima kasih kerana mengulangi kenangan pahit yang saya pernah lalui sebelum awk .
saya Redha .
Salam Selamanya :)
No comments:
Post a Comment